About Me

My photo
"...saya cuma kehilangan cincin dan bukan kehilangan jari."

Tuesday, March 29, 2011

Awak Boleh Buat Saya Merajuk Tapi Jangan Sampai Saya Terluka!

entri ni dari fb kawan!

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini.Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan. Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya.
Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.

Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri. Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niat ku mengahwini Ain. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku.
Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik. Aku mengahwini Ain setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Ain.
Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Ain cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Ain memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah saudara mara menentang hebat kemahuanku.Apa kurangnya Nurhani, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurhani. Dia memiliki semuanya. cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung.
Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurhani. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu.

Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurhani. Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurhani yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurhani, isteriku juga yang ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurhani. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurhani sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurhani telah siap membentang sejadah sembahyang.
Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang rehat. Nurhani tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnyake pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya, Nurhani faham benar seleraku.

Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurhani  menyakiti hatiku. Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurhani isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas.
Tetapi isteriku Nurhani tidak pernah meminta semua itu. Nurhani  menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Ain, madu Nurhani.

Setelah berkahwin dengan Ain, barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Ain telah dikurniakan seorang cahaya mata.Sepanjang perkahwinan dengan Ain, aku memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurhani. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurhani tetap dengan sifat sabarnya.Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku.

Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun Nurhani tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala. Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain. Kelima-lima anakku dengan Nurhani tidak pernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah.

Cuma antara kami kurang mesra,mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurhani. Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pula pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru dan Fariha telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari lagi.

Aku pulang hari ini, di atas permintaan Fariha agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah Nurhani. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurhani. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku.
Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya.

Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku adil! Hari ini Nurhani memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi kemulut. Nurhani membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita.Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurhani. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu disamping Fariza.

Nurhani menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan Ain. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai! Telah lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku.
Aku terpempan!
Terkedu!
Hilang sudah segala kekuatan yang ada!
Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurhani, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.

"Abang, lapan belas tahun yang lalu, Hani dengan rela hati menandatangani borang permohonan poligami, Hani harap abang juga boleh melakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati.
Rasanya ingin gugur air mata lelakiku. Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurhani, barangkali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang dikasihi..
"Hani tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Hani hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Hani rasa pengorbanan Hani sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Hani sudah tinggal sia-sia. Hani tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa,mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurhani bersuara lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Ain, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Ain sorang-sorang."
"Hani, abang tak mahu kehilangan Hani, biar abang tinggalkan Ain," pintasku cuba melerai kekusutan yang membelit diri.
"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Ain, hati Hani tetap terluka. Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurhani sungguh-sungguh.
Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku. Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurhani isteriku.
Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurhani hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada..


(nota noti: sekadar pendapat peribadi! bercinta memang mudah! Untuk dicintai juga mudah! Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cinta itulah yang sukar untuk kita peroleh! apa kau sanggup bertahan selama 18tahun sebegitu rupa? Berapa banyak sakit yang kau tanggung selama tu! apa kau sanggup melihat orang yang kau sayang bahagia dengan orang lain? dan yang paling penting apa kau masih boleh melayan suami mu SEIKHLAS itu lagi? bagi aku kebanyakan manusia akan mula menjadi tamak bila dia mula rasa bahagia dan sangat selesa! bila meninggalkan atau ditinggalkan tidak mengubah apa2..tidak memberi kebaikan apa2..so apa lagi pilihan yang ada? sebab itu cara cinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tapi bersedia untuk kehilangannya supaya kalau ditakdirkan dia menyakiti hati mu lagi masih ada ruang untuk kau memberi kemaafan!

3 comments:

D`littleye said...

aku terharu...sedih...:( aku nak jadi nurhani...:P

aNa said...

heee!! ain yg aku knl ni baek la! ko blh jd nurhani! jge faiz leklok k:)

D`littleye said...

ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~ aku nak post kat blog aku!heeeee