About Me

My photo
"...saya cuma kehilangan cincin dan bukan kehilangan jari."

Wednesday, April 27, 2011

Hejab!

Many a people ask a question why Muslim women cover up themselves in Hijab/Veil... and here comes the fantabulous answer that helps us understand the importance of Hijab (Purdah - BURKHA- VEIL) Here comes the simplest way of demonstrating the importance of it... Could it be anyway better than this? An amazing example indeed!



Read the below exemplary article..! 


Boxer Muhammad Ali's advice to his daughters The following incident took place when Muhammad Ali's (KELAY) daughters arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as told by one of his daughters: When we finally arrived, the chauffeur escorted my younger sister, Laila, and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day. My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You've got to work hard to get to them." He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too." Source: Taken from the book: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes!



aPaBiLa KaMu BeRkAwAn DeNgAn LeLaKi,

InGaTlAh AdA dUa PiLiHaN tErBeNtAnG

pErTaMa...
KaMu JaDi SePeRtI kElApA..
mUdAh DiPeRoLeH..
DiPaRuT...dIpErAh..
dAn DiAmBiL sAnTaNnYa..
LePaS iTu HaMpAsNyA dibuang...
kEdUa..
KaMu MeNjAdI sEbUtIr MuTiArA..
bErAdA dI DaSaR lAuTaN..
TeRsImPaN rApI..
DiLiNdUnGi KuLiT..
bUkAn SeNaNg NaK LiHaT..
ApA LaGi MeNdApAtKaNnYa..
hAnYa OrAnG yAnG bErTuAh ..
BeRuSaHa MeNyElAmI dAsAr LaUtAn...
dApAt MeMpErOlEhNyA..
HaRgAnYa MaHaL sEkAlI..
dAn Ia AkAn TeRsImPaN sElAmAnYa..
JaDi....
kAmU piLiHlAh sama ada HeNdAk MeNjAdI
kElApA aTaUpUn MuTiArA..
Di SeBaLiK sAnTaN...
mEnJaDi PeNyEdAp MaKaNan..
DiPeRaH sEgAlA kEnIkMaTaN..
dEnGaN mUdAh JaTuH mEnJaDi TiTiSaN..
AkHiRnYa HaBiS kArI dImAkAn..
pUlUt PaNgGaNg SiSa HaBiS dItElAn..
DaN sAnTaN hIlAnG tAk JaDi InGaTaN..
yAnG tErAsA lAzAt HaNyA kArI dAn PuLuT pAnGgAnG..
OrAnG tIdAk KeNaNg JaSa SaNtAn..
mUtIaRa..
TeRtAnAm Di DaSaR pAlInG dAlAm..
sUkAr AnDaI mEnGhArAp JaDi
PeRhAtIaN...
KeRaNa MuTiArA dIlInDuNgI oLeH
cEnGkErAnG yAnG mEnGhAdAnGnYa dArI
aNcAmAn MuSuH...
nAmUn KiRaNyA dItEmUi InSaN...
AkAn MeNjAdI pErMaTa HiAsAn..
tErLeTaK tInGgI dI cInCiN iDaMaN..
AtAu Di LeHeR nAn JiNjAnG..
aTaU dI lEnGaN mEnAwAn..
MaKiN lAmA mUtIaRa TeRtAnAm...
mAkIn TiNgGi NiLaIaN...
OLEh ItU…PiLihLAh SeNDiRi…
mEnJaDi SaNtAn.. MuDaH jAdI
pErHaTiAn.. TaPi HaNyA sEbEnTaR jAdI
sAnTaPaN... kEmUdIaN hIlAnG sEgAlA
nIkMaT dAn PuJiAn.. MeNjAdI mUtIaRa..
SuKaR dItEmUkAn.. NaMuN bIlA dIhIaS
iNdAh GaDiS rUpAwAn.. HiLaNg
Ia..TaNgIsAn MeNgIrInGi BeRzAmAn..

Tuesday, April 19, 2011

Sekeping Logam dan Perasaan Manusia!

Tahu tak hujung kereta pun ada luar mukanya juga! Betape paniknya hujung kereta kalau ada kereta potong masuk! Pemandu akan berpeluh! Mereka semua nampak! Pemandu bersikap panas baran begitu juga dengan lampu belakang! Ia da t'tulis "jangan bangkitkan kemarahan saya! sekeping logam pun begini apatah lagi hati manusia!
tak mengapa kalau awak benci saya tapi jangan benci orang orang kesayangan saya!


           ADEK MIZA gud luck untuk assesment anda 20hb & 29hb nanti!
           Biha HP gud luck untuk paper anda hari ini! Mahu paksa HP balik untuk kenduri kawan bulan6 nanti! Mahu dating bertiga di Kelate pula!  

Sunday, April 17, 2011

Saat Allah Masih Memberikan Nyawa!

Katil 18, Aras 1,
Wad 1, Pembedahan Perempuan,
Hospital Melaka!

tersedar setelah 3jam dari bilik bedah, perkara pertama yang aku rasa seolah olah mimpi!

Perasaan ini tak sama sepeti terjaga dari tidur! Mengambil nafas satu persatu pun sakit! amat sakit! apa lagi ayat yang boleh digambarkan selain kesakitan yang amat tak tertanggung dek badan sendiri!
Berat badan turun dua kilogram dari 40kg! kata HP antibodi aku lemah!

THANX 3jam tunggu aku di bilik bedah! sanggup ponteng kelas walaupun untuk seat final LJM attendent revision week kena 100%
Aku: aku ok! jangan risau!
                    HP: aku tak puas hati kalau tak tengok dengan mata aku sendiri! Tapi seyes nak seat final  dengan LJM attendent revision week kena 100%. Kejam punya polisi! Bengang lak aku! 
Aku: haha! tak apela!
HP: weh Hospital Melaka jauh tak dari Melaka Sentral?

aku tau HP giler! Dan aku tau dia akan datang! Buktinya hari kedua dia tersengih sengih datang dengan Kak Zira! Belikan makanan dan penuhkan meja di hospital! Tak lama lepas waktu melawat aku kol dia suruh dia bagitau famili aku yang aku da nak operate! Dia teman aku sampai ke bilik bedah! Doktor suruh dia masuk dan bagi aku kata kata semangat! 

3jam kemudian aku sedar! aku muntah muntah! aku rasa sakit sangat! tak dapat batuk tak dapat bernafas!  
Tapi Alhamdulillah semuanya OK! 

Apapun aku patut cakap A BIG THANX to ADEK MIZA yang banyak berkorban sepanjang aku sakit! Malam sebelum masuk hospital aku sakit perut! aku tak boleh tidur! Aku muntah banyak banyak kali! Dan dia pun akan bangun setiap kali aku muntah! Tolong urut aku! Tolong hantar aku ke hospital! Ponteng kelas petang tu sebab aku! Dan paling penting sanggup datang hantar beg pakaian aku! Bayangkan betapa jauhnya Hospital Melaka dan Uitm! THANX A LOT! 

THANX to my ETR's group: Manje, Ikin, Zura n Amelia Contesa!!
THANX to kawan kawan yang bagi support!
(sayang semua kawan kawan)

(nota noti: Miza... kuatkan semangat! walau apa pun yang berlaku lawan balik! Ingatlah walau seribu budi yang ditabur kadang kesilapan kecil yang satu itulah tetap di ingati orang!
Dah buka pembalut luka! adala dalam 4cm! dan bila batuk dan bersin menjadi perkara yang paling tak boleh buat sekarang! makan nasi berlauk ikan dan sup kosong! nangesT_T)

Sunday, April 10, 2011

I'm Sorry! But I Wont Love You!

betul ke kalau lelaki dah tak ada hati dengan perempuani tu, dia tanak lepaskan, dia nak perempuan tu yang lepaskan atas dasar tanak rasa bersalah dalam relationship yang gagal? dia akan cuba buat perempuan tu benci dia dulu padahal dia dah takde hati dekat perempuan tu dah! betul ke?!

(nota noti: a person who truly loves you will neve let you go, no matter how hard the situation is!)


Bermalam Di Katil Seorang Lelaki!

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!   Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut.
Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.  

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.   Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.   Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.   So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.   Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.  

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…   Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.   Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.   Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.  

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…   Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.   Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.   Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…
So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka.
Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.   Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…  

MORAL CERITA :   Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.   Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka....

" ingatlah bahawa di manapun kau atau ke manapun kau berada…Allah s.w.t akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu…^_^

SYMPTOMS!

entri untuk event Art n Design yang dah berkurun! tapi nak buat jugak!=)
library!




lecturer foto yang terbaek! 
dari kiri Pn Sha, Pn Dona (alternative proses), Pn Ayuni, Pn Nik (advertising), Pn Fariza, En Shaharin(koordinator), En Hanif (photojournalism), En Raziq, En Meor, En Fakhrul, En Azizi (video)
Go Green!!
sempoi kan lecturer kiteorang=)
final wave!

perarakan!
pic kredit to my cosmate!

sebenarnye kiteorang cume participate malam last saje! tak patut kn?!
kiri: cik kiut miut Iylia n my roomate Ogy
Shery n Miza Tajima!:) 
ain... ko pon ade! haha!
classmate Nasran n Ari with Pn Nik!
sempoi!
 exclassmate Cebek! dulu masa pat1 penah nk ajar aku maen gitar n ajak aku p jamming! sori memang aku tak berbakat!
Amelia Contesa yang selalu bahan blog aku kat kelas!
jangan marah! huhu!





persembahan dari Fine art student!
promotion terbaek!

Saturday, April 9, 2011

Sebab Mata Lelaki Gemar Melihat Badan Wanita!

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


Wasalam………………….

Thursday, April 7, 2011

Pempuan Tak Jemu Tanya 3 Soalan Ini.

Selalu, perbualannya akan macam ini :
P : Sayang saya tak?
L : Sayang
P : Banyak?
L : Banyakkkk~
P : Banyak mana?
L : Banyak la [ muka dah toya ]
P : Banyak mana tu?
L : Banyak la! Banyak sangat! [ dah malas nak jawab ]


(nota noti : Walhal perempuan hanya mahu dengar jawapan - " Saya sayang awak sebanyak bulu kucing " :x


(nota noti naughty : Pernah dapat jawapan macam ni x? - " Saya sayang awak sebanyak bintang di langit, sebanyak pasir di pantai "


Sengih sampai sebulan dowh (-___-")


haha!! ok babai:)

Apabila!!

apabila kita
menyayangi seseorang..
simpanlah sedikit
benci supaya
apabila dia mengkhianati kita
kita bisa menerima hakikatnyer...
dan..
apabila kita
membenci seseorang
simpanlah sedikit
sayang supaya
apabila dia meminta maaf..
kita bisa memaafkannya!!


(nota noti: for me apologizing doesn't meant that you are wrong and the other side is right! Sometimes you just value the relationship much more than your personal ego! Kadang kadang kita kena mengalah untuk sesorang tu nampak kesalahan dia! Tapi kalau segalanya sia sia dah tiba masanya untuk berangkat pergi!)

Tuesday, April 5, 2011

Hati Yang Tertinggal!

Assalamualaikum!
Betul ke manusia akan mula menghargai bila dah kehilangan sesuatu?!
entri dari TERFAKTAB!
Kawan : Aku pergi majlis kahwin Ana.
Aku : Kau pergi?
Kawan : Dia jemput.
Aku : Oh, baik. Kuat betul kau pergi kan?
Kawan : Aku rasa aku mampu tengok, tapi tak rupanya.
Aku : Habis tu?
Kawan : Nampak dia bersanding, hati aku sebak.
Aku : Nak sebak kenapa?
Kawan : Dulu aku abaikan dia, aku tinggalkan dia sebab kejar perempuan lain.
Aku : Benda lama.
Kawan : Tahu, tapi Ana satu-satunya perempuan yang terima aku, cintakan aku sebagaimana diri aku.
Aku : Habis perempuan lain?
Kawan : Perempuan lain kenal aku bila aku dah berjaya, tak nampak aku dari susah.
Aku : Kau yang buat keputusan ni, kau tanggung sendiri.
Kawan : Pernah aku pujuk Ana, tapi hati dia dah tiada lagi pada aku.
Aku : Berapa kali kau lukakan hati dia? Banyak sangat kan?
Kawan : Ya. Aku rasa berdosa sangat.
Aku : Sudahlah. Ana dah jumpa jalan bahagia dia.
Kawan : Tiada peluang langsung buat aku kan?
Aku : Mulakan hidup baru, macam Ana buat bila kau tinggalkan dia dulu.
Kawan : Dia pernah sakit sebab aku, dia pernah masuk hospital sebab aku.
Aku : Sudahlah, jangan fikir lagi. Tumpukan apa yang kau ada sekarang.
Kawan : Aku tahu. Cuma aku perlu luahkan pada seseorang. Teringatkan kau, tu yang aku telefon.
Aku : Tiada masalah.

sumber asal dari LORD ZARA yang selalu menyedarkan aku hubungan berdua bukan FAIRYTALE! bukan CINDERELLA!
"Bila awak akan meninggalkan saya..bilang tarikhnya..agar saya lebih bersedia dan tidak menjadi gila kerana awk'' tapi saya fikir.. kerana cinta itu adalah anugerah dan perasaan saya ini pun anugerah dari Allah SWT maka biarlah saya begini.. mencintai awak secara sederhana.. kalau awak bahagia tanpa saya.. saya harus mendoakan dan berbahagia untuk awak..

(nota notimenyakitkan kalau saya lepaskan awak pergi kepada si dia dan lihat awak bahagia bersamanya tapi sebenarnya apa yang lebih sakit ialah bila melihat awak tak bahagia bersama saya!)  

Sunday, April 3, 2011

Selamat Hari Lahir Ma!

3 April 2011
Selamat hari lahir yang ke 46 my dear mom!


KU ADA KAMU---ADIRA

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


(nota notisuka lagu ni sebab teringat mak kat rumah! Rindunya!