About Me

My photo
"...saya cuma kehilangan cincin dan bukan kehilangan jari."

Wednesday, October 31, 2012

Mudahnya wahai lelaki

Mudahnya wahai lelaki, kamu kata “Sejahat-jahat aku, aku ingin bernikah dengan perempuan baik-baik, bukan yang macam awek aku sekarang”.
Percakapan kamu seakan-akan wanita baik-baik tiada hak bersuamikan lelaki baik, seakan-akan wanita tiada hak memilih, seperti kamu yang buat semua keputusan.
Jangan mimpi nak jadikan wanita solehah sebagai isteri jika kamu jahat kerana mereka berhak mendapat suami soleh.

Pergi! Siapkan diri kamu dengan agama sebelum nak kahwin dengan wanita solehah!

# ♥ lelaki baik untuk perempuan baik, begitu juga sebalik nya..♥

-copy pasted-


Monday, October 29, 2012

Perfection is impossible but effort to be a better is possible

Saya pun bukan baik sangat. Kadang-kadang saya pun tersilap. Saya tahu mesti awak kata, "susah la nak jaga iman! Iman ni kan senipis kulit bawang. Senang je nak terkoyak.
Sama-sama kita budayakan sentiasa berdoa. Istiqamahkan meminta pada Allah agar dipelihara iman kita yang senipis bawang ni. Jika saya tersasar, cepat-cepat tegur saya. Nasihat saya agar saya sedar dan tidak terus berada di dalam kepompong kejahilan dan dosa.
So, lets be a better person together 

Saya tulis surat ini sebab saya nak masuk Jannah dengan awak. Kita kena saling mengingatkan kerana manusia itu sifatnya mudah lupa. Ukhwah fillah.

Wednesday, October 24, 2012

MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain  lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati.
Namun, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.


Monday, October 22, 2012

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu

Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?



Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.


Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.



Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?


Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada Dia ya
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.



Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?

Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.


"Bila Hati itu Bertulang."

Wednesday, October 17, 2012

tengah-tengah kekeringan di hujung bulan ternampak ini!
kau nak beli pakai ape?! tak payah nak excited giler ana!