About Me

My photo
"...saya cuma kehilangan cincin dan bukan kehilangan jari."

Tuesday, January 24, 2012

Tugas Pertama Cinta!!

Manusia perlu didengar cakap dan suara hatinya sepert dia perlukan makanan!
Tanpa makanan, badan tak akan sihat an bertenaga! Sebab itu juga manusia yang cakapnya tak didengar, jiwa dan perasaannya terdera!

Maka kalau nak bina dan kekalkan hubungan cinta, jadilah pendengar yang baik pada pasangan!  Sebab tu ada  kata2 :"The first duty of love is to hear'' (tanggungjawab pertama cinta ialah mendengar)

Kekasih yang baik ialah seorang pendengar yang baik! Soalnya bila kali terakhir kita menjadi pendengar yang baik pada pasangan kita?!

Kadangkala raut wajah dan mimik muka kita menjadi penghalang untuk pasangan kita memperdengarkan suara hatinya. Kita tak akan bercakap... tapi  "bahasa badan" atau "ayat mata" atau "tulisan balasan mesej" kita seolah olah memberitahu, ''Saya sibuk. Saya letih. Saya ada kerja n so on!" Esok lusa dan seterusnya pun macam tu! Lama kelamaan pasangan kita kehilangan suara! Dia tidak akan bercakap lagi! Dan lebih malang lagi apabila dia berpaling kepada pihak ketiga yang lebih sudi mendengar!

Kata sebuah buku ni mendengar dengan jiwa akan melahirkan EMPATI! Mendengar dengan telinga akan melahirkan SIMPATI! apa bezanya EMPATI dan SIMPATI?
EMPATI maksudnya kita merasai suara hati yang diperdengarkan dan tak diperdengarkan oleh pasangan kita!
SIMPATI pula hanya memahami apa yang diperdengarkan melalui ayat dan kata2!

Empati akan memperkukuhkan cinta sebab cinta itu hakikatnya berkongsi rasa bukan sekadar berkongsi kata!

Soalnya bila kali TERAKHIR kita menjadi pendengar yang baik pada pasangan kita?!
Jadi lakukan tugas cinta yang pertama! Dengarkanlah!

(nota noti: lega rasanye even menghabiskan masa cuti di ciber kape semata mata nak buat esaimen yang......! tetiba rasa menyesal kenapa la dulu tak belaja betol2! kalau x skang msuk mktab dah blh jadi cikgu! cuti pon banyak! keje pon ikut opis our! argh.... Kuatkan semangat 12jam mlm ni blk ke BP! Fikirkan perkara +ve cthnya cuti maulidur rasul lg 2 mggu!=)

RutiN Orang Bercinta; Dulu & SekaranG!

Assalamualaikum!

Hari tu terbaca dalam 1 novel tentang watak si gadis yang jatuh cinta pada si lelaki yang selalu menghargai fikirannya! si lelaki yang sentiasa baik, sentiasa tetap dan patuh pada waktu serta sentiasa mengambil berat!

Tapi akhirnya si wanita sedar dan seakan tahu yang rutin itu x akan kekal slamanya! Lelaki itu xakan baik, sentiasa tetap dan patuh pada waktu serta mengambil berat tentang soal si wanita selamanya!

Baru sahaja hubungan itu mekar, ia mula menjadi reput sedikit demi sedikit! Mula2 si lelaki lupa akan temujanji yang dibuat dengan si wanita, kemudian dia tidak lagi selalu menelefon bertanya khabar. Kalau bertemu selalunya lelaki akan lewat!

Mulanya si wanita tidak kisah, rasanya tidak penting temujanji dan panggilan telefon itu! tetapi kadang kala dia  terasa bahangnya, terasa amarahnya mula meresap kedalam hati apabila rasa tidak kisahnya itu disalahguna bila si lelaki langsung tak menghubunginya!


Tapi si wanita terus setia menanti si lelaki sebab dia sedia menerima si lelaki seadanya! Jangan berubah kalau si lelaki tak suka! Pandang saja ke depan dan jalani hidup ini seadanya!

Monday, January 23, 2012

Taugeh!!

1 kisah!

Dia: Kenapa kau xsuka taugeh?
Aku: Aku xsuka benda pahit! Taugeh 2 pahit!


Dia: Tentu kau xsuka kenangan kan? sebab kenangan byk yg pahit!
Aku: xsemua kenangan 2 pahit! Lagipun kenangan mama boleh di samakan dengan taugeh!
Dia: Ya ke? Jd  bagitau aku taugeh 2 datang dari mana?
Aku: pokok taugeh lah!
Dia: pokok taugeh ditanam ats ape?
Aku: tanahlah!
Dia: kenangan 2 datang dari man?
Aku: Otak manusia!
Dia: Manusia berasal dari mana?
Aku: Tanahlah! Erk...
Dia: 2 2 datang dari tanah! Itu persamaan kan?!
Aku: Mana boleh dikira macam 2! Prosesnya panjang!
Dia: Panjang? Sepanjang kenangan pahit kau dgn mamat 2?
       Atau patutkah aku kata kenangan taugeh kau dgn mamat 2?

(no offance kadang2 kita xblh lupe kenangan lama! sebab benda 2 pernah jadi sebahagian dari kita!)