About Me

My photo
"...saya cuma kehilangan cincin dan bukan kehilangan jari."

Sunday, July 14, 2013

Terima Teguran Iman Di Hati Sebelum Nafsu Mengambil Alih

Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. 
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
                                                         (Surah al-Baqarah ayat 216)

Realiti sebuah percintaan adalah perkahwinan, selagi kau tak ada usaha kearah itu, cinta tak lebih dari sebuah mimpi, sebuah kata kosong, yang tiada rohnya. Kalau belum ready jangan dekat. Jangan.

Aku tahu aku belum completely ready. Mental , physical and spiritual. Spiritual tu yang paling penting. Banyak kurang lagi. Bacaan dalam solat pun belum semuanya aku faham. Puasa sunat pun kadang-kadang je aku buat. Zikir, lepas solat pun jarang aku amalkan. Bila waktu senggang aku still jugak dengar lagu ntah ape-ape ntah tu.” 

''biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.''