About Me

My photo
"...saya cuma kehilangan cincin dan bukan kehilangan jari."

Sunday, November 11, 2012

Gadis : apesal awk ikut sy ni ?
Lelaki : sy xtau . Awk cantik sgt . Sy rase , sy dh cintekan awk .
Gadis : hmm , awk xjumpe lg kawan sy , die lg cantik dr sy .
Lelaki : hmm ?
Gadis : die dekat belakang awk .

Lelaki : *pusing* xde sape pon .
Gadis : kalau awk btol2 cintekan sy , tak mungkin awk akan pusing.. :-) btll an???





-copy pasted-


Saturday, November 10, 2012

Mak Pesan


Mak gua pernah pesan pilih orang yang suka kita, bukan orang yang kita suka. Orang yang suka kita biasanya akan lihat kita satu satunya dan orang yang kita suka belum tentu boleh buat benda sama.

copy pasted!

Tapi pendapat peribadi aku yang sukarnya perasaan kita bukan boleh dipaksa dipaksa. Orang yang suka kita belum tentu kita suka ye dak? Tapi mak kata kadang kadang perasaan itu akan datang andai kita percaya dan berusaha.

Ramai orang tak sedar bila bercinta atau sedang berperasaan pada seseorang, dia akan menjadi seorang yang menjengkelkan. Kenapa?

Sebab kadang kadang kita ni mencuba sangat, atau kita jadi lain macam time bercinta. Tak percaya tanya kawan kawan!




LELAKI & WANITA


LELAKI :-
L = Lebih
E = Ensem
L = Lelaki
A = Andai
K = Kuat
I = Imannya
&
WANITA :-
W = Wanita
A = Akan
N = Nampak
I = Indah
T = Tutup
A = Auratnya >_<



Tuesday, November 6, 2012

Lelaki memasak?

FAKTA SEBENAR LELAKI

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.




• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga meggi. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki.. :)

Wednesday, October 31, 2012

Mudahnya wahai lelaki

Mudahnya wahai lelaki, kamu kata “Sejahat-jahat aku, aku ingin bernikah dengan perempuan baik-baik, bukan yang macam awek aku sekarang”.
Percakapan kamu seakan-akan wanita baik-baik tiada hak bersuamikan lelaki baik, seakan-akan wanita tiada hak memilih, seperti kamu yang buat semua keputusan.
Jangan mimpi nak jadikan wanita solehah sebagai isteri jika kamu jahat kerana mereka berhak mendapat suami soleh.

Pergi! Siapkan diri kamu dengan agama sebelum nak kahwin dengan wanita solehah!

# ♥ lelaki baik untuk perempuan baik, begitu juga sebalik nya..♥

-copy pasted-


Monday, October 29, 2012

Perfection is impossible but effort to be a better is possible

Saya pun bukan baik sangat. Kadang-kadang saya pun tersilap. Saya tahu mesti awak kata, "susah la nak jaga iman! Iman ni kan senipis kulit bawang. Senang je nak terkoyak.
Sama-sama kita budayakan sentiasa berdoa. Istiqamahkan meminta pada Allah agar dipelihara iman kita yang senipis bawang ni. Jika saya tersasar, cepat-cepat tegur saya. Nasihat saya agar saya sedar dan tidak terus berada di dalam kepompong kejahilan dan dosa.
So, lets be a better person together 

Saya tulis surat ini sebab saya nak masuk Jannah dengan awak. Kita kena saling mengingatkan kerana manusia itu sifatnya mudah lupa. Ukhwah fillah.

Wednesday, October 24, 2012

MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain  lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati.
Namun, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.


Monday, October 22, 2012

Maaf Hati, Aku Tidak Jujur Denganmu

Hati,
Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu?
Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya?
Kamu tahu kan segala rasa?



Hati,
Maaf ya.
Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis.
Sendiri. Tanpa disenangi kembali.
Aku ini pentingkan diri ya?
Aku mahu mereka gembira.
Tapi aku buat kamu terseksa.
Terus-terusan diseksa.
Maaf ya.


Hati,
Aku kurang pasti.
Sama ada aku kagum
Atau aku kecewa sama kamu.
Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh.
Mudah sekali kamu kalah.
Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik
Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah.



Hati,
Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu.
Ada saatnya keinginanmu aku abaikan.
Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan.
Bilamana keinginanmu aku abaikan,
bukan bereti aku tidak sayang.
Tapi kerana aku sudah terlebih sayang!
Kamu harus aku jaga baik-baik.
Kamu tahu itu, bukan?


Hati,
Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan.
Ingat, siapa yang pegang kamu.
Semestinya bukan aku.
Tapi Dia, Tuhan kita yang menciptakan.
Bergantung saja pada Dia ya
Bukankah Dia itu sebaik-baik penjaga?
Yakin, itu kuncinya.



Hati,
Aku mahu kamu kuat.
Aku harap kamu tidak lagi rapuh.
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji sama aku, Hati?
InsyaAllah, kita sama-sama saling menjaga, ya?

Bagaimanapun Hati, aku kagum denganmu. Sungguh. Hebat Allah yang menciptakan, bagaimana Dia bisa membuat Hati sekuat ini untuk menanggung beban yang berat amat.


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.


"Bila Hati itu Bertulang."

Wednesday, October 17, 2012

tengah-tengah kekeringan di hujung bulan ternampak ini!
kau nak beli pakai ape?! tak payah nak excited giler ana!


Saturday, September 22, 2012

pernahkah


pernahkah...
mencintai seseorang di dalam diam?
apabila kita mencintai seseorang di dalam diam..sakit bukan main...kita menderita kerana mencintai dia..melihat dia tidak akan menjadi milik kita..melihat dia mencintai orang lain..sakit bukan..

pernahkah..
mencintai seseorang yang pasti tidak akan menjadi milik kita..
sedih bukan?kita tahu..dia tak akan pernah dapat bersama kita..mungkin dia atau kita sudah menjadi milik orang lain..sakitnya perasaan itu bukan?kita mencintai dia yang sudah tertulis bukan untuk kita.


pernahkah?
mencintai seseorang yang sangat tidak setaraf dengan kita?
dia jauh lebih hebat dan sempurna dari kita..dia memiliki segala galanya..tapi kita?kita tak punya apa-apa yang perlu untuk dibanggakan..lantas..kita merasa amat malu untuk mencintai dia..tp hati tetap berdegil..sakitnya perasaan itu bukan?

pernahkan...
anda merasa sakit sebegitu?
aku pernah merasainya..ianya amat sakit.pedih.menusuk jauh kedalam hati..
aku amat membenci diri sendiri kerana mencintai dia..
tp jauh di sudut hati..
aku mengharapkan dia akan tahu betapa aku mencintai dia pada suatu ketika nanti..walaupun pada masa tu..ianya sudah terlalu lambat untuk aku atau dia memikirkannya..:(

 

Sunday, September 2, 2012


>>>  Berubah kerana MANUSIA,
kita akan letih,
kerana manusia tidak memerhatikan kita 24 jam.
mereka juga tidak akan mampu menilai perubahan kita dengan adil dan baik..
>>> Berubah kerana ALLAH,
kita akan bersemangat,
kerana Allah SWT melihat kita sepanjang masa, saat dan detik.
Dan Allah punya penilaian yang sangat adil, dan teramat detail.
Jadi,berubahlah kerana Allah... (
✿◠‿◠)


Sunday, July 8, 2012

KD Parit Semarang sangat sejuk! tidur pun kena pakai stoking!
rasa nak mandi sekali sehari! huhu! ok tipu:)

makanan yang berpotensi untuk menambahkan berat badan!

kenapa cuma ade susu low fat? kan senang kalau ade susu high fat!

jadual semester ini


Saturday, July 7, 2012

Selamat Datang Ke Klinik Desa Parit Semarang
beban kerja
beban kerja untuk rekod  belom siap lagi!



07 Julai 2012- 8.00am  oncall;( sabarlah wahai hati
Home visit untuk kes posnatal, antenatal & kes khas!

Monday, July 2, 2012

♥ pesanan pada hati ♥


Belajar untuk kehilangan dia,
andai dia bukan jodohmu.. Belajar untuk tabah,
andai dia pergi dari hidupmu.. Belajar untuk menerima hakikat yang dia bukan milikmu,
Belajar untuk berhenti mencintai dia, andai cinta dia bukan untukmu,
Belajar utk melupekan dia, andai dia tak mengingatimu..
Belajar untuk menerima cinta lain, kerana dia hanye tinggal kenangan ..

* belajarlah dekatkan diri kepada ALLAH itu jauh lebih baik ! hanya DIA yang mampu buat kita melupakan insan yang pernah menyakiti hati kita *



(p/s: today 3years, 3months, 3weeks, n 3days)

Sunday, July 1, 2012

kenapa pink?
sebab kaler laen dah xde! 


hadiah!

keindahan cuti di rumah!!


Saturday, June 16, 2012




Saya orangnya yang hari hari bukak profile awak tanpa awak sedar..
Saya orangnya yang tengok gambar gambar awak tanpa klik LIKE ataupun COMMENT.
Saya orangnya yang akan excited tiap kali nampak nama awak dekat bulatan hijau kat ruangan chat..
Saya orangnya yang takut kehilangan AWAK walaupun saya tahu awak tetap takkan sayang saya lagi..

Sunday, May 20, 2012

Jarak

penat sembunyikan hubungan
marilah kita berterus-terang

Awak, kalau kita sayang sesama sendiri, jangan degil lagi boleh? Kita berdua jangan degil.
(terbaik kalau mampu cakap ayat macam ni pada Cik Conan)

"Masih marahkan saya?''
"Tak"
"Betul tak marahkan saya?"
"Ya"
"Habis apa awak rasa?''
"Sakit"


Friday, May 18, 2012

subhanallah aku mencintainya!

''subhanallah aku mencintainya..subhanallah aku menyayanginya..
dari ufuk timur hingga ke barat..selalu di hatiku..''

˙•٠•● Ya Rabbi,
Jika cintaku kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya..

˙•٠•● Ya Rabbi,
Jika hatiku kau ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasihmu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikkan kedamaian dalam kerisauan,
Temani dia dalam kesepian.
˙•٠•● Ya Rabbi,
Ku titipkan cintaku pada-Mu untuknya,
Resapkanlah rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya
Dalam cinta-Mu..


Monday, April 30, 2012

Si Arjuna Hati

Kata teman: pilih org yg mencintai kita. nescaya kita tak akan keseorangan nanti.


kan, nanti kalu dia tak cinta kat kite, dia hidup dengan kita semata mata kita ni isteri dia je. kosong...
SEORANG SUAMI memberitahu kepada isterinya,

" Sebelum wujudnya langit dan lautan, Allah telah tulis NAMAMU untuk bersamaku..."

Sunday, April 8, 2012

Pindah!

kepenatan berpindah yang dulu belum hilang kena pindah lagi!
mana kami nak duduk! kalau senior yang pergi pun dah kena duduk atas lantai kami pulak nak duduk mana? tolongla jaga kebajikan kami! bukan sekadar duduk di kerusi mewah sambil keluarkan arahan aje! tak semestinya anda di atas anda betul! kadangkala dengarkan lah pendapat orang bawahan macam kami! fuhhhh! penat!

Thursday, March 8, 2012

8 MAC!

Selamat Hari Wanita Antarabangsa!
_______¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶

˙•٠•● Ya Rabbi,
Jika cintaku kau ciptakan untuk dia,
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya..
˙•٠•● Ya Rabbi,
Jika hatiku kau ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dengan kasihmu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikkan kedamaian dalam kerisauan,
Temani dia dalam kesepian.
˙•٠•● Ya Rabbi,
Ku titipkan cintaku pada-Mu untuknya,
Resapkanlah rinduku pada rindunya,
Mekarkan cintaku bersama cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya
Dalam cinta-Mu..
its easy to be in love at the first sight! but its hard to forget the love at the first time!
so do I? 
Falling in love is like reading books! No point to read books if you don't understands the book!
khabar tentangmu merenggut rasa
moga tujahan rahmat-Nya menemanimu selalu!

stand strong, stand still! May Allah bonding us in marriage! InsyaAllah!
Happy 3rd yearsary my dear MAMS ! i love you to death