About Me

My photo
"...saya cuma kehilangan cincin dan bukan kehilangan jari."

Friday, February 11, 2011

Ada Apa Pada Wajah?!!

Wajah adalah maruah diri, wajah adalah cermin hati , wajah adalah air muka dan wajah ini jugalah akan menghadap illahi. Dan Allah berjanji bahawa wajah yang sujud kepada –NYA dengan ikhlas tidak akan disentuh api neraka. Mudah-mudahan…
                Allah tidak menilai paras rupa,kekayaan atau keturunan seseorang untuk diterima disyurga atau dineraka tapi DIA menilai ibadat yang ikhlas kerana-nya. Ini bermakna menjaga wajah dan air muka adalah sikap luhur yang amat dituntut oleh agama. Keluhuran itu sebenarnya bertapak dihati serta ditunjukkan melalui penampilan.
                Hargailah wajah kita sebab orang yang tak menghargai pemberian dan ciptaan –NYA bermakna tidak tahu bersyukur. Tak perlu menyesal kalau kamu tak dihargai hanya al sebab wajah yang tak menarik. 

Positiflah, mungkin Allah hendak beritahu bahawa lelaki tu bukan lah jodoh terbaik even kita sayang dia lebih dari diri kita sendiri. Anggap la apa yang dialami itu 1 dari proses mematangkan diri. Kite sendiri tau kadang cantik dimata manusia, tak pasti cantik dimata-NYA. Kita juga ada kala ditemukan dengan orang yang salah untuk kita belajar mengenal dan memahami diri. Hargailah ia dengan cara mentaati ALLAH, dengan perasaan tidak berasa terhina, tapi merasakan bahawa diri kita telah dianugerahkan selengkapnya.

              Andai dihati dipenuhi dengan cinta Allah, maka cinta manusia jadi kecil. Maksudnya kalau ada, okey ..kalau tidak ada, ya enggak apa2 sih!! Huhu!!  Bila cinta kepada Allah nampak dalam penampilan, percakapan dan pergaulan, cinta manusia lagi mudah datangnya. Yang penting kita ni berdoalah dengan penuh rasa cinta agar Allah tunaikan segala hajat dan menyembuhkan luka di ati!! Ingatlah DIA bagi apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita hendak!! Wallahualam!!

No comments: