About Me

My photo
"...saya cuma kehilangan cincin dan bukan kehilangan jari."

Tuesday, April 5, 2011

Hati Yang Tertinggal!

Assalamualaikum!
Betul ke manusia akan mula menghargai bila dah kehilangan sesuatu?!
entri dari TERFAKTAB!
Kawan : Aku pergi majlis kahwin Ana.
Aku : Kau pergi?
Kawan : Dia jemput.
Aku : Oh, baik. Kuat betul kau pergi kan?
Kawan : Aku rasa aku mampu tengok, tapi tak rupanya.
Aku : Habis tu?
Kawan : Nampak dia bersanding, hati aku sebak.
Aku : Nak sebak kenapa?
Kawan : Dulu aku abaikan dia, aku tinggalkan dia sebab kejar perempuan lain.
Aku : Benda lama.
Kawan : Tahu, tapi Ana satu-satunya perempuan yang terima aku, cintakan aku sebagaimana diri aku.
Aku : Habis perempuan lain?
Kawan : Perempuan lain kenal aku bila aku dah berjaya, tak nampak aku dari susah.
Aku : Kau yang buat keputusan ni, kau tanggung sendiri.
Kawan : Pernah aku pujuk Ana, tapi hati dia dah tiada lagi pada aku.
Aku : Berapa kali kau lukakan hati dia? Banyak sangat kan?
Kawan : Ya. Aku rasa berdosa sangat.
Aku : Sudahlah. Ana dah jumpa jalan bahagia dia.
Kawan : Tiada peluang langsung buat aku kan?
Aku : Mulakan hidup baru, macam Ana buat bila kau tinggalkan dia dulu.
Kawan : Dia pernah sakit sebab aku, dia pernah masuk hospital sebab aku.
Aku : Sudahlah, jangan fikir lagi. Tumpukan apa yang kau ada sekarang.
Kawan : Aku tahu. Cuma aku perlu luahkan pada seseorang. Teringatkan kau, tu yang aku telefon.
Aku : Tiada masalah.

sumber asal dari LORD ZARA yang selalu menyedarkan aku hubungan berdua bukan FAIRYTALE! bukan CINDERELLA!
"Bila awak akan meninggalkan saya..bilang tarikhnya..agar saya lebih bersedia dan tidak menjadi gila kerana awk'' tapi saya fikir.. kerana cinta itu adalah anugerah dan perasaan saya ini pun anugerah dari Allah SWT maka biarlah saya begini.. mencintai awak secara sederhana.. kalau awak bahagia tanpa saya.. saya harus mendoakan dan berbahagia untuk awak..

(nota notimenyakitkan kalau saya lepaskan awak pergi kepada si dia dan lihat awak bahagia bersamanya tapi sebenarnya apa yang lebih sakit ialah bila melihat awak tak bahagia bersama saya!)  

No comments: