About Me

My photo
"...saya cuma kehilangan cincin dan bukan kehilangan jari."

Friday, May 20, 2011

Jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan!!

Entri dari fb kawan

  • Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun. Ini bermakna anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada dalam kamus hidupnya. 


  • Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak. 


  • Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu. Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini. 


  • Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya saja. 


  • Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini, anda sering dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal yang kecil juga diperbesarkan.
  • 1 comment:

    ir yien 9897 said...

    haah lah bila di teliti balik.. penah kenal ngn laki jenis ini..hmmmm..