About Me

My photo
"...saya cuma kehilangan cincin dan bukan kehilangan jari."

Thursday, March 31, 2011

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?!!

Ada satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. 
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.. 

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. 

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu... dulu, kini, selamanya, dan cinta tak perlu ada sebab! Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tak boleh dilihat, dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.."



Pengertian Jawapan!!

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya!

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
> > 1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya
> > 2. Apakah yang dinamakan takdir
> > 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,     tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan!

(nota noti: ya ALLAH!!! wahai Tuhan kami!! kurniakanlah kpd kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan periharalah kami akan azab api neraka)

Tuesday, March 29, 2011

Awak Boleh Buat Saya Merajuk Tapi Jangan Sampai Saya Terluka!

entri ni dari fb kawan!

BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU!

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini.Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan. Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya.
Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang.

Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri. Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niat ku mengahwini Ain. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku.
Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik. Aku mengahwini Ain setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Ain.
Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Ain cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Ain memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah saudara mara menentang hebat kemahuanku.Apa kurangnya Nurhani, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurhani. Dia memiliki semuanya. cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung.
Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurhani. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu.

Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurhani. Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurhani yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurhani, isteriku juga yang ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurhani. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurhani sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurhani telah siap membentang sejadah sembahyang.
Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang rehat. Nurhani tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnyake pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya, Nurhani faham benar seleraku.

Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurhani  menyakiti hatiku. Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurhani isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas.
Tetapi isteriku Nurhani tidak pernah meminta semua itu. Nurhani  menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Ain, madu Nurhani.

Setelah berkahwin dengan Ain, barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Ain telah dikurniakan seorang cahaya mata.Sepanjang perkahwinan dengan Ain, aku memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurhani. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurhani tetap dengan sifat sabarnya.Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku.

Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun Nurhani tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala. Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain. Kelima-lima anakku dengan Nurhani tidak pernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah.

Cuma antara kami kurang mesra,mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurhani. Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pula pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru dan Fariha telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari lagi.

Aku pulang hari ini, di atas permintaan Fariha agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah Nurhani. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurhani. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku.
Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya.

Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku adil! Hari ini Nurhani memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi kemulut. Nurhani membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita.Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurhani. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu disamping Fariza.

Nurhani menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan Ain. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai! Telah lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku.
Aku terpempan!
Terkedu!
Hilang sudah segala kekuatan yang ada!
Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurhani, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.

"Abang, lapan belas tahun yang lalu, Hani dengan rela hati menandatangani borang permohonan poligami, Hani harap abang juga boleh melakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati.
Rasanya ingin gugur air mata lelakiku. Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurhani, barangkali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang dikasihi..
"Hani tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Hani hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Hani rasa pengorbanan Hani sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Hani sudah tinggal sia-sia. Hani tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa,mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurhani bersuara lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Ain, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Ain sorang-sorang."
"Hani, abang tak mahu kehilangan Hani, biar abang tinggalkan Ain," pintasku cuba melerai kekusutan yang membelit diri.
"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Ain, hati Hani tetap terluka. Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurhani sungguh-sungguh.
Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku. Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurhani isteriku.
Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurhani hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada..


(nota noti: sekadar pendapat peribadi! bercinta memang mudah! Untuk dicintai juga mudah! Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cinta itulah yang sukar untuk kita peroleh! apa kau sanggup bertahan selama 18tahun sebegitu rupa? Berapa banyak sakit yang kau tanggung selama tu! apa kau sanggup melihat orang yang kau sayang bahagia dengan orang lain? dan yang paling penting apa kau masih boleh melayan suami mu SEIKHLAS itu lagi? bagi aku kebanyakan manusia akan mula menjadi tamak bila dia mula rasa bahagia dan sangat selesa! bila meninggalkan atau ditinggalkan tidak mengubah apa2..tidak memberi kebaikan apa2..so apa lagi pilihan yang ada? sebab itu cara cinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tapi bersedia untuk kehilangannya supaya kalau ditakdirkan dia menyakiti hati mu lagi masih ada ruang untuk kau memberi kemaafan!

Monday, March 28, 2011

YANG PERTAMA SEBELUM MU!


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

 Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi agak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah
dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah. Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu. 

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu. "Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum. Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum."Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut. "Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya. "Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar. Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

___________________________________________________________

# Sekadar sebuah perkongsian, moga Muslimah itu benar-benar muslimah, jangan hanya datang sekelumit dugaan atau ujian, Muslimah sudah melatah tidak tentu pasal. Jadilah Muslimah sejati. Begitu juga dengan Muslimin.

(
nota noti: Mahu dapat Isteri yang solehah, jadilah Muslimin yang soleh, begitu juga sebaliknya:)

Friday, March 25, 2011

Jangan Palingkan Hatimu!

Assalamualaikum dan selamat berhari jumaat!

Mendapat mesej dari kawan lama di fb memang membuatkan aku terkejut! kau dah lama tak mesej aku! even mesej aku dulu pun kau tak balas! tapi jangan risau sebab aku tak pernah kecil hati sebab aku kenal kau! aku terima perangai kau macam tu!

Buka profil fb kau adalah benda pertama aku buat bila kau cakap kau ade masalah kawan! oh ye.. chenta hati kau da bertukar rupanya! erm.. maaf sebab aku lupa yang ni orang ke berapa! tapi sebagai orang yang lebih berpengalaman dari aku sepatutnya kau lebih arif! kau dah kenal erti chenta tu dari sekolah menengah lagi! dating kat tangga hujung bangunan, jumpa di belakang makmal, belanja makan di kantin sekolah! bila ingat balik kenangan lama aku rasa macam tak percaya aku n dua tiga orang geng kita boleh teman kau buat semua tu!

Dan aku nak ucapkan terima kasih atas sikap prihatin kau untuk carikan seorang "teman" untuk aku! terima kasih sebab susah payah tapi aku rasa tak perlu! kau 'sound' aku kolot bila aku kata aku tak mahu cari sekarang sebab aku percaya jodoh tu akan datang sendiri! aku tak percaya cinta di usia tak matang! aku mahu menjaga hati dan perasaan aku hanya untuk yang berhak! aku mahu buat dia rasa kagum dengan aku sebab dia boleh jadi yang pertama di hati aku! sekarang aku dah buktikannya dan satu hari nanti aku akan kenalkan dia dengan kau kawan!

Pertama kalinya aku minta maaf sebab aku tak boleh agree dengan kau! sebabnya aku tak dapat cari dimana salah teman lelaki kau! dan aku rasa marah sebab alasan kau untuk jatuh chenta lagi hanya semata mata benda dan hal remeh! aku tak mahu berceramah panjang seolah olah aku ni baek sangat! tapi aku mahu kau menghargai orang yang ada di sisi kau! bukan orang yang kau suka semata mata! SUKA dan CINTA dua perkara yang berbeza pengertiannya! Perasaan cinta itu dimulai dari mata hati, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Kalau kau mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi bila kau cuba menutup mata dari orang yang kau cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihati kau dalam jarak waktu yang cukup lama. 


"Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai! Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya! Siapa kamu pula?" Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja!

Aku tak mahu kau menyesal kawan! Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang! 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia! Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak! Kadangkala kau tak menghargai orang yang mencintai kau sepenuh hati, sehinggalah kau kehilangannya!
Teringat ayat di TERFAKTAB dari entri LORD ZARA! "Kita semua pelik. Manusia tidak jatuh cinta dengan apa yang ada di hadapan mereka! Mereka mahukan sesuatu yang mereka tidak akan dapat miliki! Semakin sukar dicapai, semakin menarik!

Lebih banyak cabaran, lebih menarik!
Begitu ya?!
Senyum sinis!

(nota noti: Aku tak marah! Aku doakan yang terbaek untuk semua kawan kawan aku! Maafkan aku kawan menulis tentang kau di entri blog ni! Tapi bak kata aku pada CONAN selagi dia tak tau aku akan bebas menulis tapi bila dia tau aku akan mula bertapis! Tapi sayang aku pada dia tetap sama! Kawan.. doakan aku jumpa pengakhiran yang baek! Melihat kau banyak masalah dalam hubungan buat aku resah meniti hubungan yang panjang! credit to miza yang sudi pinjamkan berukband! entri serius ayat pon skema! hehe('',) 

Tuesday, March 15, 2011

Perempuan Chantek!!

disebabkan aku tak boleh tido ini malam atas sebab2 tertentu lepas terjaga tadi maka aku ambik keputusan bukak blog jap! 


Perempuan Cantik Dan Perempuan Comel!
ADA BEZA KE CANTIK dan COMEL?" Actually, yes memang ada. Maklum lah, perempuan zaman sekarang ni ramai sangat yang comey-comey! Kalau nak pilih, memang berpinar lah mata kan! Mana tak nya, dah la cantik, comel, cute, ayu, manja, gedik, innocence-face, manis pula tu!!

4 orang yang di atas ni adalah contoh gadis gadis yang dalam lingkungan cantik, comel, cute, ayu, manja, gedik, innocence-face, manis n bla bla!!  "Beauty is in the eyes of beholder." Maksudnya, lain orang, lain pendapat dia tentang kecantikan dan daya tarikan seseorang!

But, there is something yang lagi penting dari comel, cantik serta bla bla whatsoever di atas. What? 
Have you ever heard the word "compassion"? Setia boleh jadi macam-macam setia! Seorang isteri yang setia di rumah pun kalau takde compassion lelaki jadi bosan gak! Siapa nak kalau balik rumah je kena bebel macam-macam and then nak lepak dengan kawan tengok bola pun dah bising.Cun la macam mana pun - lelaki tak boleh blah gak!

Compassion means you're inside him and he's inside you! Macam mana pun kau akan buat dia akan cari kau jugak! Setia je is not enough! Ada orang cakap setia  macam anjing dan tuannya - kau tetap setia tapi akhirnya kau tido luar rumah jugak! Compassion is a better word!


So macam mana nak bercompassion ni? Bila kau fall in love - inilah benda yang paling susah nak buat - emotionally attached! Selalu bila lelaki fall in love dengan perempuan - dia akan pandang boobs or peha or muka dia comel whatsoever! Ada jugak sebab dia ni baik - bukan takde! But cantik or baik it's not enough for love! Emotionally attached ni adalah perkara paling susah nak buat! Kau harus ada something yang kau share - emotionally! Setakat "saya suka awak sebab awak penyokong Arsenal oh yeah" pun tak cukup jugak!

Ada orang cakap dari compassion datangnya loyalty -Tapi kalau loyal tapi tak pernah nak memahami kehendak lelaki - setialah macam mana pun dia takkan layan punya! Cantiklah macam mana pun - dia takkan terpikat walaupun mungkin timbul kekaguman!

Kalau ditakdirkan macam bf lupa nak wish annivesery or birthday atas sebab sebab sibuk hal kerja pun nak marah marah tak tentu pasal tu bukan compassion! Setialah macam mana pun akhirnya akan jadi point gaduh gak! (kalau korang sedar gaduh tu sebenarnya memenatkan sebab perlukan tenaga dan AIRMATA! bukannya ade orang nak pujuk pun! OK?!:)


(nota noti: the formula for a successful relationship is simple: Treat all disaster as if they were trivialities, but never treat a triavility as if it were a disaster (-___-")

Monday, March 14, 2011

Cinta VS Suke!!

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang!
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira!!

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga!
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja!!

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku!
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum!!

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata!
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja!!

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu!
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar!!

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta!
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka!!

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis!
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira!!

Perasaan cinta bermula dari hati!
Perasaan suka bermula dari telinga!!

Jadi, kalo kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita! Tapi jika kita berhenti mencintai orang yang kita sayang umpama kita sedang cuba menutup mata kita! Sebabnya cinta berbuah menjadi airmata! Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka!!

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta!



(nota noti: pss... i luv u:)

Ahad!!

tringin nak pakai Sinus Herbs ni! actually xbeli pon tapi dapat sekali ngn beli pencuci muka ari 2!! bulan lepas kot!! haha!! punye la rajin sampai ari ni baru stat nak pakai kn?! alang2 da ade try la buat dari duk dalam gobok je!!

ni la benda alah nye!! cara nk pakai kena rebus 1/2 periuk kecil air ngn 1/3 paket sinus herb ni sampai mendidih! aku maen letak je banyak mane aku suke!! 
rsenya lebih kot 1/3! huhu!! 

 then wap la muke sampai 5-10 min! (erk.. gambar hiasan semata2)

caranya kena ambik tuala untuk pekup muka masa wap muka tu!! panas sangat! xsampai seminit da angkat muka balik! sampai 1 tahap air mata pon nak kuar!! kalo malam2 lak tpaksa la jadi macam zombi pakai masker segala!! ape ingat senang ke orang xchantek nak chantek!! heee!!

macam ni la lebih kurang muka tyme malam2!!

kalo nampak xsenonoh cikit macam ni!! haha!!
cuma orang yang penah pakai je tau rase camne! benda ni bile da mgeras dye macam tarik isi kulit bagi tegang!! mak aih... da macam ape da! so sebelum pakai pastikan anda da abes bgayut(tettttttt!!:)


nak cakap gak pasal menu kat umah sewa kiteorang ari ni!! 
ni je yg mampu even belum sampai tengah bulan g!!T_T
credit 2 Cik Miza!

(nota noti: 18hb kena bayar berukband g!! lagi skali T_T!! sob3!!

Thursday, March 10, 2011

Mengenangmu Lewat 8 Mac!!:)

1) “Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
 ~ kadang-kadang kita tak sedar kita terlalu rapat dengan seseorang tu sehingga kita beri dia harapan untuk menyukai diri kita. Bila kita berundur dari seseorang itu, dia akan jatuh terduduk kerana kita memusnahkan harapan yang pernah kita beri.

2.“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
~ semua orang inginkan kesempurnaan dalam percintaan. Namun kita harus ingat Allah sudah menetapkan yang terbaik untuk kehidupan kita. jika orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita, janganlah menutup pintu hati kita untuk mencinta dan dicintai. Terimalah dengan ikhlas kerana sekurang-kurangnya dia pernah hadir untuk membahagiakan kita. kalau kuat jodoh kita dengan dia, insyaAllah. Dia tetap milik kita.

3.“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
~ Walaupun kita pernah dikecewakan, jangan tutup pintu hati kita untuk menyayangi dan Disayangi kerana walaupun anda akan kecewa sekurang-kurangnya anda pernah mencuba dan bukan menjadi pengecut!

4.“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”
~Berjuang untuk mendapatkan orang yang kita sayang adalah kemenangan yang sudah nyata. antara kita mahu atau tidak.

5.“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
~ jangan takut untuk menyatakan cinta. Cinta cuma perlu diungkapkan untuk difahami.

6.“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.
~ Cinta yang ikhlas apabila anda menerima kekurangan orang yang anda sayang dan mensyukuri kelebihan dirinya.

7.“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
~orang yang tidak berani untuk meluahkan cintanya adalah seorang yang pengecut.

.................................................................................................................................................
Beranilah untuk meluahkan rasa cinta anda pada orang yang kite suka. Walaupun akan kecewa kerana cinta ditolak namun ianya lebih baik daripada mendiamkan diri tanpa memberi tahu rasa cinta itu,.. <3 <3 <3 
*bercinta lepas kawin itu indah..

KeNaNgaN!!

3 ari lepas aku hilang kad matrik bile tali dye putus!! owh.. rase sedey sangat2 sebab aku sayang giler kad matrik  aku!! cari punye cari sampai bersih bilik aku sapu n susun sume barang2 takot tercicir kat dalam bilik tapi x jumpe gk!!


dalam ati rase nak marah gak sebab tau benda ni jadi atas salah sendiri!! sanggup aku g mgadap pak gad uitm ni 2x semata2 tanya kad matrik aku tapi x jumpa gk!!
alih2 semalam mase nak buat report kat pos pengawal akhirnye aku jumpe balik kad matrik aku!! hOhO!! rse epi giler cam nak buat kenduri kesyukuran je!! (tet.... itu tipu) huhu!!


sebenarnye mungkin la benda ni kecik  n nampak remeh je tapi bagi aku ia lebih dari sekadar kad!! bak kata CONAN buat je yg baru!! huhu!! memang la kn tapi bile pk 2 mende buat aku sedey!! 


1st duet!! RM30 terbang bile buat yang baru!! (mahal woo! RM30 kalo g MCD Mcvalue lunch 2 uish...kenyang!!:)
2nd yg paling penting ialah kenangan!! kad matrik 2 dari pat1 g gune so arap2 sampai pat6 de!! lagipon bile ingat g tyme pat1 dulu kiteorg de induction!! setiap dak pat1 kolej Tun Fatimah tyme 2 kna pkai pelekat hijau kat kad matrik n pakai button besar de tulisan SAYA BUDAK PAT 1!! huhu!! rase annoying sangat sebab senior2 pompuan mesti pandang slek kat kiteorg!! kalo yg laki ok je!! mungkin sebab kiteorg pompuan or memang laki ni jenis yg xkesah sangat bab2 camni?! sebab 2 ade orang cakap tyme pat1 la boleh rase diri 2 hOt ckt sebab freshie g kn!! da naek pat2 xde makne nya orang nak pandang ko lg dah!! xoxo!!

  dari kiri: kad library (yg selalu jadi mangsa ntok aku swap pintu bilik kolej bile t'tinggal kunci), kad makan, kad matrik yg comey(haha)

 ni la kad matrik yang aku duk kecoh2 sangat 2!! aku letak kad library n kad makan gak!! tyme dulu2 kan duk kolej so selalu gak g print kat library!! n tyme pat1 dulu dapat subsidi makan melalui kad makan!! so aku simpan sampai skang ntok kenangan!! (memang ntah pape tapi aku suke:)

(nota noti: lagi 1 aku xnak buat kad baru sebab aku rase aku comey lote sungguh dalam pic 2!! hahaha!! (yg ni sangat xley blah!!