About Me

My photo
"...saya cuma kehilangan cincin dan bukan kehilangan jari."

Tuesday, January 24, 2012

RutiN Orang Bercinta; Dulu & SekaranG!

Assalamualaikum!

Hari tu terbaca dalam 1 novel tentang watak si gadis yang jatuh cinta pada si lelaki yang selalu menghargai fikirannya! si lelaki yang sentiasa baik, sentiasa tetap dan patuh pada waktu serta sentiasa mengambil berat!

Tapi akhirnya si wanita sedar dan seakan tahu yang rutin itu x akan kekal slamanya! Lelaki itu xakan baik, sentiasa tetap dan patuh pada waktu serta mengambil berat tentang soal si wanita selamanya!

Baru sahaja hubungan itu mekar, ia mula menjadi reput sedikit demi sedikit! Mula2 si lelaki lupa akan temujanji yang dibuat dengan si wanita, kemudian dia tidak lagi selalu menelefon bertanya khabar. Kalau bertemu selalunya lelaki akan lewat!

Mulanya si wanita tidak kisah, rasanya tidak penting temujanji dan panggilan telefon itu! tetapi kadang kala dia  terasa bahangnya, terasa amarahnya mula meresap kedalam hati apabila rasa tidak kisahnya itu disalahguna bila si lelaki langsung tak menghubunginya!


Tapi si wanita terus setia menanti si lelaki sebab dia sedia menerima si lelaki seadanya! Jangan berubah kalau si lelaki tak suka! Pandang saja ke depan dan jalani hidup ini seadanya!

No comments: